BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 06, 2009

Tournament Futsal MESRA

Assalamualaikum,
Salam pagi jumaat, alhamdulillah pagi nie cuaca agak baik kat bumi cyberjaya nie. Aku plak pepagi lagi dah berperang perasan sama ada nak datang keja atau nak halfday. Tapi disebabkan ada tugas fotografi pagi nie, nak taknak kena datang keja jugak la.

Alkisahnya nak cerita tentang tournament futsal anjuran staffclub(MESRA) semalam kat Pusat Komuniti Cyberjaya. Sebanyak 9 pasukan dari pelbagai falkuti dan department yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B bagi menjayakan tournament nie. Team Taqis FC telah menghantar 2 pasukan untuk tournament ini iaitu team Taqis XY dan Taqis XL.

Team Taqis XL

Alhamdulillah pada peringkat kumpulan team Taqis XY berjaya menjadi juara kumpulan A dan bagi team Taqis XL plak menjadi naib juara kumpulan B, jadi pertembungan adik beradik berlaku pada separuh akhir yang menyaksikan kesudahan perlawanan ditentukan oleh sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1. Akhirnya Taqis XL layak ke final apabila memenangi sepakan penalti 2-1.

Team Taqis XY

Dalam aksi final team Taqis XL yang kekurangan pemain akibat kecederaan terpaksa akur dengan kehebatana team UPIN apabila tewas 2-0. Apapun tournament semalam dapat memberi gambaran dalam pasukan terutama kepada pasukan Taqis FC bagi menghadapi Tournament Futsal TM yang akan datang. Tahniah kepada semua pemain² Taqis FC yang menunjukkan semangat juang yang tinggi semalam..

0 comments: