BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 16, 2009

Weekend Yang Meletihkan..

Assalamualaikum..
Cuti hujung minggu yang meletihkan, badan aku rasa macam tak cukup rest saja. Semalam sabtu aku ada MB Annual tournament bowling kat Sunway Pyramid. Pukul 9 pagi dah buat gerakan sebab nak prepare apa yang patut agar annual kali nie berjalan lancar. Awalnya ingat malaih nak join main bowling tapi disebabkan annual..join jugak la. Malam sebelumnya dah la tido lambat, alkisahnya terpaksa buat amendment subject addmath untuk title aku yang nak dibawa ke Pahang untuk 4th review MOE. Memang letih betul la lepas jumaat baru dapat, nak taknak kena siapkan jugak la sebab hari nie nak kena bawa gi review. Angkara amendment jugak la terpaksa aku bagi kat member aku tiket wayang citer GENG yang dah aku beli hari khamis lepas. Takpa la sabtu depan jer la gi layan.

Memang seperti dijangka permainan bowling aku memang teruk gilos, antara 5 games, satu jer cecah 170 yang lain semuanya mcm budak baru belajaq saja hehehe..tapi apapun kira ok laa janji dapat memeriahkan annual kali nie. Dalam kul4 lebih baru habis tournament, aku terus buat gerakan gi jumpa member aku kat Putra Permai, lepak borak² kejap kul6 baru balik rumah. Sempat la charge bateri kejap dalam kul11 mlm aku buat gerakan ke Esso Seri Kembangan plak jumpa member aku si dole. Selesai segala aktiviti dalam kul12.30 baru buat gerakan pulang ke Cyberjaya.
Hari ahad dalam kul9, oriyanso dah sampai ke Cyberjaya..pastu dalam kul9.20 baru ady plak sampai, agendanya adalah ke Banting untuk laksanakan projek kita orang. Dole tunggu kita orang kat simpang kat Dengkil. Dalam kul11.20pagi baru sampai Banting. Sampai lepak borak² kejap ngan bapa oriyanso pastu terus buat gerakan gi mencari kayu kayan untuk buat projek pondok kita orang. Dalam kul1.30 tgh hari baru kita orang start buat projek pondok hehehe..dalam kul2.30 ptg dole dah buat gerakan pulang, tinggal la aku , ady dan oriyanso sambil dibantu oleh bapa oriyanso menyiapkan pondok kita orang. Hampir kul7 ptg kita orang dah berhenti buat keja, sambung minggu depan plak utk pondok fasa 2 hehehe..pastu terus buat gerakan pulang ke Cyberjaya..dalam kul8 mlm baru sampai.


0 comments: