BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 23, 2009

MOE 4th Review, Tournament Takraw & Projek Pondok Fasa 2

Assalamualaikum..
Salam malam isnin, hari nie aku agak kemalasan sket, gi opis pun takda buat apa, melepak ja sesambil check email yang dah seminggu tak buka sebab gi outstation kat BTP Beserah Kuantan. Skali tengok dalam inbox dah ada 240 mail yang tak open lg..adoiyaii banyak gilos. Maka aku dengan rajinnya buka dan baca satu² email.


Pada isnin lepas aku dengan team addmath(efry,isa & amin) kena gi 4th review addmath kat BTP Beserah selama 5 hari. Gerak dari Cyberjaya dalam kul1 sampai ke Beserah dalam kul4.30 ptg. Kita orang lepak kat Duta Sands Resort, dekat ja dengan BTP tak sampai 2 minit naik keta. Jadi senang la sket. Hari pertama sampai rest kejap, dalam kul6 buat gerakan gi ushar lokasi BTP yg sebenar dan jejalan sekitar kawasan Pantai Balok. Pastu buat gerakan mencari kedai makanan untuk mengisi perut yang agak kelaparan, pusing punya pusing ingat nak makan kat Restauran Paksu sekali kat bawah papan tanda ada tulis (SOON) pak soon rupanya..tak jadi nak layan makan kat situ. Last skali lepak makan kat kedai makan Pattani Tomyam, makanan tak memenuhi piawaian laa..tapi lapar punya pasal blasah jer laa.

hari berikutnya dengan ada masa terluang sempat la kita org jejalan area Cherating. Menarik jugak pantainya tapi dah pergi bukan time cuti sekolah tak ramai la orang. Pastu hari² berikutnya tak mempunyai masa yang terluang, aktivitinya masuk gi review dari kul8.30pagi balik bilik kejap dalam kul5.30ptg pastu dalam kul8.30 malam sampai kul10.30mlm review. Hari jumaat review sampai kul12 tgh hari jer, pastu kita orang buat gerakan pulang ke Cyberjaya.

Hari sabtu lepas aku join tournament sepak takraw plak anjuran kelab MESRA MMU, terpaksa la bangun awal sebab kena daftar sebelum kul9 pagi. Alhamdulillah akhirnya team TAQIS B ( aku, wan cakcibor, ady & rok) mendapat tempat kedua. Kira oklah tu gandingan tak sempat nak training terus main tournament jer. Tournament abis dalam kul4 ptg, lepak makan².com balik rumah rest kejap pastu kluar gi esso seri kembangan jumpa member aku, ambik apa yang patut buat gerakan pulang ke Cyberjaya. Hari sabtu memang hari yang meletihkan la bagi aku.

Hari ahad, dalam kul9.40 pagi aku buat gerakan ke SK ambik adi untuk pergi ke Banting melaksanakan projek pondok fasa 2, sampai jer Banting, gi cari bahan² yang belum mencukupi untuk projek pondok nie. Yang bestnya dateline kena siapkan projek pondok nie adalah hari ahad jugak, jadi aku, adi, oriyanso pastu dibantu oleh bapa oriyanso dan adiknya berusaha menyiapkan pondok kita orang nie. Akhirnya siap jugak semuanya dalam pukul9.30mlm. Memang agak meletihkan, pastu terus buat gerakan pulang, hantar adi kat SK pastu terus balik ke Cyberjaya sampai rumah dah kul11mlm, mandi².com pastu online kejap pastu terus ZZzzzz..

0 comments: