BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 10, 2009

Piala Testimonial Azhar Edisi ke 2

Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya pertandingan Piala Testimonial Azhar08 edisi kedua berjalan dengan jayanya. Ini semua adalah dengan usaha sama para ahli kelab sukan CMEAD dan jugak kengkawan MMU daripada Melaka dan Cyberjaya, terima kasih bebanyak atas sokongan semua.

Para peserta pertandingan Piala Testimonial Azhar edisi kedua

Acara bermula dalam pukul9.30pagi dengan ucapan daripada president badminton CMEAD iaitu Mahathir, diikuti oleh penerangan tetang perlawanan oleh Darnalis dan kemudian bacaan doa oleh Abang Halim. Acara perlawanan diteruskan mengikut kumpulan dan seterusnya.

dari kiri: Azam, Zakaye,Ameant,Abg Shah & Yusrin

Untuk edisi kali ini seramai 24orang mengambil bahagian, keputusan rasminya.. Ameant dan Abg Shah berjaya menjadi johan, ditempat kedua wakil dari Melaka iaitu Zakaye dan Azam, dan tempat ketiga oleh Yusrin dan Pekli, manakala bagi winner plate dimenangi oleh pasangan Taqi dan Dole.

Taqi dan Dole

Pertandingan ini selesai dalam pukul4 petang, Insya'allah jika diizinkan Allah tahun depan pertandingan ini pasti akan diadakan lagi. kemudian bagi para pemain yang tidak mempunyai komitmen lain, kita orang sesama buat gerakan ke Hassan Cafe untuk menjamu selera.

Lagi gambaq ---> klik sini

0 comments: