BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 31, 2008

Selamat Pengantin Baru Adik

Assalamualaikum..
Salam hari rabu, untuk entry terakhir tahun nie aku nak cerita serba sedikit tentang majlis perkahwinan adik aku.

Bermula 2-3hari sebelum majlis aku dah diberikan tugas khas jadi driver untuk jemput saudara mara yang nak datang membantu untuk majlis adik aku dan jugak mencari pelbagai barang² keperluan untuk majlis. Majlis kat area kg aku bermula 2 hari sebelum majlis dengan aktiviti memasang khemah untuk majlis secara bergotong royong dan esoknya aktiviti membersihkan pinggan mangkuk dan jugak memotong bahan² mentah.

Alhamdulillah adik aku Ku Norhayati selamat dinikahkan dengan pasangannya iaitu Azmirrani pada 24hb lepas. Majlis kenduri yang berlangsung pada hari tersebut jugak meriah dengan kehadiran tetamu yang agak diluar jangkaan dari pagi sampai ke malam. Tapi syukur makanannya tetap ada untuk para tetamu yang hadir.
Pada 27hb pula acara menyambut menantu plak kat kg Sg Baru, Kuala Kurau. Kita orang dari Kedah buat gerakan kesana dalam pukul9 pagi sebanyak 8 buah kereta. Sampai ke rumah pengantin lelaki dalam kul12.30tgh hari.Lepas semua aktiviti kita orang buat gerakan jejalan.com ke Taiping dulu, kita org gi rumah saudara pakngah aku kat sana dan jugak gi melawat Zoo Tepeng, saja gi ushar kengkawan yang dah lama tak jumpa hahaa.

Lepas semua aktiviti kita orang buat gerakan pulang hampir kul6.30ptg, aku gi hantar saudara aku dulu kat Alor Star pastu baru buat gerakan pulang ke rumah sampai dalam pukul9.30mlm. Keletihan tahap maksimum malam tu layan tidoq awal bukan apanya esok jadi driver gi Padang Besaq plak..huhu aktiviti jejalan saja. Kiranya aku tengok meter kat kereta aku jarak perjalanan aku dari kl balik kg sampai balik kl semula dekat 2.5k

0 comments: