BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 24, 2008

Balik Kampung

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, petang yang ceria dengan cuaca pun alhamdulillah cerah jer. Hari nie nak cerita aktiviti aku balik kampung.

Hari jumaat malam dalam kul 8 aku dah sampai kat rumah adi untuk join sekali aktiviti balik kampung, jadi kita orang buat gerakan ke Taman Medan untuk ambik imam nak join jugak balik sampai ipoh jer nak tengok anak kecilnya. Untuk ke rumah imam, si adi pun menggunakan segala kepakarannya jejalan shortcut untuk sampai ke sana tanpa melalui tol yang byk..kiranya nak save budget la nie. Tapi yang bestnya tetiba malam tu adi leh kemal plak, asyik silap masuk jalan jer kesudahannya sebelum sampai Taman Medan kita orang dah lalu tol LDP 4 kali dan tol batu 3, 2 kali..hahah..memang save budget.

Dari Taman Medan imam yang drive sampai ipoh bertolak dalam kul9 lebih sampai ipoh dalam kul11.30mlm, rest kejap kat rumah imam pekena teh o panas ngan kuih raya, baru buat gerakan ke Sg Petani plak rumah mentua si adi. Sampai sungai petani dalam kul2 pagi, pastu aku drive la sesorang plak ke Bukit Kayu Hitam, sampai rumah kat kul3.30pagi. memang syahdu betul drive pepagi dari Alor Setar ke Changlun ada sebijik kereta jer kat highway.

Aktivti hari sabtu, objektif utamanya gi kenduri sepupu aku si Fauziah, dalam kul1.30 baru aku buat gerakan ngan adik beradik aku yang lain, mak n ayah dan buat gerakan awal lagi. lepak kat rumah kenduri sampai kul3.30ptg pastu baru buat gerakan ke Pekan Jitra plak, mak dan adik² aku nak cari barang sket. Selesai cari barang terus gi rumah tok aku kat Tunjang, Lepak sampai kul5.30 baru buat gerakan pulang..samapi rumah letih tak ingat terus baring tido jer aku dah tak kira time petang nak maghrib ka apa...blasah jaa.

gambaq mak & adik² aku bersama pengantin Fauziah & Budiman

Aktiviti hari ahad plak, dalam kul10.30pagi aku, mak, adik² aku dan adik ipar aku gi cari barang kahwin kat Padang Besar. Memang pelbagai gift la ada kat sini dengan harga yang berpatutan. tapi yang letihnya nak menunggu mak n adik² aku abis bershopping laa..gilos la sampai kul2.30ptg baru settle. Buat gerakan pulang sampai rumah kat kul3ptg. Layan tengok tv jap sambil lelapkan mata dalam kul5 lebih bangun siap mandi² dalam kul6.15 buat gerakan pulang ke KL, janji ngan adi sampai SP dalam kul8mlm. Pastu jemput imam kat Ipoh dalam kul11mlm selamat sampai cyberjaya dalam kul2 pagi.

0 comments: