BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 22, 2008

Jejalan Open House

Assalamualaikum
Salam pagi rabu, pagi yang cerah dan ceria..walaupun aku tak cukup tido tapi tetap datang keja dengan gumbiranya. Almaklum la selepas bertungkus lumus keja hari ahad lepas akhirnya keja aku baru jer settle semuanya semalam dah submit jadi hari nie leh la lepak².com jer kat opis nie sambil buat apa² jer benda yang aku suka. Sempena bulan perayaan nie banyak betui la jemputan rumah terbuka. Sabtu lepas jer aku ada 4 jemputan tapi aku gi 2 jer laa tak dpt nak gi semua atas sebab kesuntukkan masa.

Ok kat sini nak citer aktiviti aku pada hari sabtu lepas, dimana aku dan dole family gi jejalan open house raya kat rumah member kolej dulu..kiranya team 513D jugak laa iaitu brader Jose kat Shah Alam. Buat gerakan dari esso seri kembangan dalam kul1 terus ke esso seksyen 8 shah alam tunggu sorang lagi member aku iaitu 2pac untuk gerak sesama ke rumah Jose. Sampai rumah Jose pun dah kat kul2 ptg. Time yang memberangsangkan tahap kelaparan..hehe tanpa membuang masa menjamah pelbagai menu yang ada antaranya soto, nasik lemak, lemang dan rendang.

Lepak sampai kul3 jer terus buat gerakan ke satu lagi destinasi untuk makan².com lagi iaitu Cheras Utama iaitu rumah brader uzin. Kat rumah brader uzin nie kiranya 2 in 1 laa sempena open house raya dan jugak sempena besday dia..huhu dah tua dah si uzin nie..apapun aku doakan bro uzin nie sihat sejahtera dan senantiasa berbahagia bersama family terchenta. Kat rumah bro uzin nie layan nasik ngan ayam crispy plak....huhu makan saja, memang kompem la lagi berat lebih muatan la aku nie.. tapi dah rezeki kengkawan buat kenduri..kena la makan jugak sket walaupun kenyang. Lepak hampir kul5 jugak pastu terus buat gerakan ke esso seri kembangan hantar dole pastu terus buat gerakan pulang ke cyberjaya. Dengan tahap keletihan yang teramat sambil membaca newspaper leh tido dengan nyenyaknya..sedar² dah kul10.30mlm huhu..malamnya aku berjaga sampai kul4 pagi..layannnnn sibbaik esoknya hari ahad.

Besday boy...huhu..mcm mana aku ter'miss nak layan kek nie.

Antara kengkawan yg hadir kat rumah bro uzin, sempat layan PS2 lagi tu.

Brader uzin dan brader dole bersama adik memasing..hehehe

0 comments: