BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 08, 2008

Alkisah 11 hari sempena raya aidilfitri

Assalamualaikum..
akhirnya dpt jgk aku mengupdate blog lepas raya nie, maklum la kat rmh kat kg try nak online tp ada problem sket ngan line phone kat rmh aku tu. Jadi kena la tunggu balik cyber dulu baru leh citer sket alkisah aku kat kg sempena raya lepas.


27hb sept 08 - buat gerakan balik ke kg halaman dalam kul6.45pagi, alhamdulillah selamat sampai kat bkt tangga dalam kul12 tgh hari. Layan betui balik sesorang tapi mood raya punya pasal takda la terasa sangat hehe..


28hb sept 08 - aku,mak dan adik² aku keluar gi shopping baju raya dan sewaktu dengannya kat pekan Jitra, meriah betui skrg nie pekan Jitra, kiranya takyah la nak gi Alor Setaq lagi..semuanya ada dah kat sini.


29hb sept 08 - sebelah paginya aku & adik² aku gi shopping sket kat bukit kayu hitam dan sebelah petangnya aku , mak & ayah gi rumah tok aku kat Tunjang, sesambil gi hantar beras pulut untuk sedara ayah aku. Sekali toksu aku dah siap buka daun palas dah untuk buat ketupat. Rajin betuii..


30hb sept 08 - gi rumah mak saudara aku kat Suka Menanti untuk ambik kuih raya & buat kek coklat basah(adik aku la yg nak blajar buat nie) hasilnya memberangsangkan, kiranya sesuai la utk juadah berbuka puasa heheh..takpa baru 1st time try. Malamnya selepas berbuka riuh rendah ngan bunyi mercun..huhu banyak betui duit bebudak kat bkt tangga nie :D


1hb okt 08 - Raya!!!raya!! 1st time masjid bkt tangga penuh sesak ada jugak la yg tak dpt solat sunat aidilfitri, semakin ramai kaum kerabat kat felda nie. Balik masjid gi raya kat rumah² jiran & lepak kat rumah jer. Menu utama tahun nie selain ketupat dan rendang adalah bihun sup tulang & ayam. Lepas maghrib baru buat gerakan ke rumah tok aku kat Tunjang. Agenda seterusnya gi beraya kat rumah adik ayah aku kat pekan Jitra dalam kul11 lebih baru buat gerakan pulang ke rumah.


2hb okt 08 - dengan 2 buah keta gi beraya kat rumah saudara mara sebelah mak aku kat area aloq setaq dan kuala kedah, sebelum tu singgah kat kubur tok & tokwan aku dulu. Aktiviti beraya yang meriah terbantut sedikit diatas sebab² yang tak dapat dielakkan.


3hb okt 08 - pepagi dah bangun kena gi tolong rumah jiran aku buat kenduri aqiqah cucu dia, seekor lembu hanya buat daging bakar dan sup saja..huhuh memang best gilos. Sebelah petang tunggu kengkawan aku si adi ngan anak & isterinya dan jugak badang a.k.a abg pertama datang beraya.

4hb okt 08 - gi kenduri member satu sekolah dulu iaitu helmi a.k.a mie super dengan kengkawan satu sekolah dulu Taufik & Amir. Timing memang cun la sampai jer pengantin baru nak jln masuk sempat la snap gambaq sepam dua. Lepak kejap ja lepas tu buat gerakan pulang sebab nak gi kenduri kat aloq setaq plak ngan mak & ayah aku.

5hb okt 08 - kaum keluarga aku dikunjungi bakal besan untuk bincang tentang majlis perkawinan adik aku, insya'allah takda apa halangan hujung tahun nanti akan berlansung majlisnya. Sebelah malam plak gi beraya kat rumah tok saudara sebelah ayah aku kat kg pering.

6hb okt 08 - kaum saudara sebelah ayah aku datang beraya kat rumah sesambil layan tgk mak aku buat serunding dan ketupat untuk aku bawa balik ke bumi Cyberjaya. Kiranya rutin tahunan la bawa ketupat palas untuk kengkawan aku kat opis.


7hb okt 08 - lepas bfast, terus buat gerakan ke bumi Cyberjaya dalam kul8.45 pagi, alhamdulillah trafic semuanya ok saja, cuma sebelum sampai Cyberjaya hujan lebat tak ingat area damansara highway. Sampai jer Cyberjaya dalam kul2 ptg terus ke rumah dole ada makan².com sempena raya untuk kengkawan saja. Sampai jer si Khalid & family, ameant, whosend , pyan & adi dah ada kat sana. Balik makan².com singgah opis jap hantar ketupat & kuih raya utk kengkawan pastu dalam kul4.30 buat gerakan balik rumah, rest kejap. Petangnya keluar gi ziarah bapa member opis kat hospital kajang. Balik jer dengan keletihan maksimum tido senang saja tanpa sebarang mimpi indah hahaha...



suatu pagi dihari raya



Adi & family serta badang

Helmi dan pasangan

0 comments: