BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 27, 2008

Hijau Kuning Juara Lagi

Assalamualaikum..
"Biar jasa jadi kenangan hijau kuning lambang kebanggaan". Itu antara bait² ayat yang terdapat pada lagu hijau kuning yang akan sentiasa didengari semasa menyaksikan perlawanan kat stadium. Aku macam biasalah mesti gi tengok nyer kalau kedah masuk final atau kedah ada game kat lembah klang kalau berkesempatan. Bertolak gi stadium dalam kul5.30 dengan bro shahrail, brader firdaus, brader taqi dan Det (dtg dari johor) dengan mengenakan t-shirt hijau kuning..heheh semangat membara.

Syukur..alhamdulillah, tahun 2008 ini sekali lagi membuahkan kejayaan kepada squad bola sepak negeri Kedah kerana berjaya merangkul 3 piala iaitu piala Liga Super, FA dan Malaysia menyamai apa yang dilakukan pada tahun lepas. Tahniah kepada pihak pengurusan, jurulatih dan pemain² kedah atas semangat juang yang ditunjukkan pada perlawanan akhir hari sabtu lepas menewaskan pasukan Selangor 3-2 membolehkan piala Malaysia kekal dibumi hijau kuning.

Walaupun tahun depan tidak dapat lagi melihat kelibat pemain import yang byk membantu kedah selama ni iaitu Marlon, Nelson dan Huggins, Insya'allah dengan usaha dari semua pihak Pasukan kedah akan terus cemerlang dan dapat mengekalkan kejuaraan. Cayalah kenari terbang tinggi lagi...

gambar sumber dari fam.org.my

0 comments: