BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 08, 2008

080808

Assalamualaikum...
Tarikh hari nie begitu menarik sekali 080808 mengikut kepercayaan orang cina banyak memberi tuah, tapi pada aku sekadar nombor yang senang diingati. Tarikh nie jugak mempunyai maksud tersendiri bagi aku, sebab aku ada sasaran yang patutnya aku laksanakan pada tarikh nie, tapi kita hanya merancang..tuhan yang menentukan segalanya.

Hari nie pepagi lagi dah layan memacam kerenah pendengar kat radio Hotfm sempena tarikh nie, macam² kisah suka duka dan lucu dapat didengari. Lebih terhibur dari biasa betul la. Datang opis mcm biasa la, buat amendment project MOE sampai rasa² dah bosan mengadap kotak² tu..lepak².com plak lepas tu.

Sebelah malamnya ada jemputan majlis makan².com kat rumah ameant & alya sempena 1st Anniversary diorang sebagai suami isteri. Semoga ikatan diorang nie akan berkekalan selamanya. Alhamdulillah pelbagai jenis makanan ada..syukur moga murah rezeki sabahat aku nie. Dalam kul10 lebih baru buat gerakan pulang ke Cyberjaya.

0 comments: