BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 24, 2008

Kecerian tak berpanjangan...

Team Kedah yang berjaya mempertahankan kejuaraan piala FA
gambar sumber dari Bernama

Assalamualaikum...
Deman bola sepak euro2008 yang melanda sudah hampir ke kemuncaknya, dah masuk peringat separuh akhir dah pun, tapi team favorite aku tak layak untuk ke pusingan seterusnya. Apapun sebab minat bolasepak nie, sure akan aku bangun jugak pepagi layan game lain. Tapi yang menceriakan aku adalah kedah berjaya ke final piala FA.

Pada malam sabtu lepas aku, taqi, bro shahril & firdaus buat gerakan ke stadium shah alam untuk menyaksikan perlawanan akhir piala FA antara Kedah vs Selangor, walaupun tiketd rm20 lebih mahal daripada biasa, aku tetap tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan nie kat stadium. Seperti sedia maklum pasukan kedah berjaya mempertahankan kejuaraan musim lepas. Tahniah buat pasukan kedah dan pengurusannya. Sebagai anak jati kedah aku rasa bangga dan bersemangat dengan segala kejayaan yang telah dicapai. Insya'allah lepas nie kedah target untuk piala malaysia plak. Semoga team kedah akan terus maju jaya..

Habis jer perlawanan malam tu, kita orang terus buat gerakan gi mengisi perut yang kelaparan, port tempat biasa la kat puchong perdana. Memang port kita orang selalu lepak lepas tengok bola kat shah alam. Akhirnya sampai rumah dah kat kul1 pagi. Terus gi lepak kat stadium astro kat rumah brader mokthar. Dengan semangat membara tengok game belanda vs rusia, dengan harapan belanda akan terus ke peringkat seterusnya dan macam kejayaan berganda la bagi aku selepas kedah menang piala FA, tapi sayangnya team favorite aku tu kalah. Tapi bila tengok game tu memang di akuilah rusia punya permainan lagi hebat berbanding belanda, team diorang memang layak untuk ke peringkat seterusnya.

Syok asyik layan bola, menyebabkan aku terbabas sampai kul berapa keesokkan harinya. Petangnya baru la buat gerakan ke opis untuk settlekan keja aku apa yang patut sebelum direview oleh boss besaq....

0 comments: