BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 26, 2008

Kehilangan Seorang Sahabat MHCC

Assalamualaikum..
salam pagi rabu, hari nie lepas masuk opis..masuk jer forum mhcc dapat info yg menyedihkan iaitu seorang member dari zon 1 central telah kembali keramatullah disebabkan kemalangan jalan raya pada pukul 2 pagi semalam kat MRR2 berhampiran dengan zoo negara.

Kemalangan nie melibatkan 4 orang dalam kereta iaitu Aqasha,Iran,Arip & faiz, kesemuanya member mhcc. Iran & Arip dilaporkan berada di icu tapi dalam keadaan stabil dan faiz dah keluar dari hospital. Sahabat yang meninggal ialah Aqasha, memag slalu jumpa kalau aku turun TT, pernah lepak borak², dari cara percakapan memang bagus orangnya..walaupun tak rapat, sebagai seorang kawan dalam kelab nie terasa jugak akan kehilangannya.

Disini aku ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Aqasha, semoga rohnya ditempatkan bersama orang² yang beriman. Kepada iran dan arip semoga cepat sembuh.

kenangan suatu ketika dahulu tt kat shah alam


Arwah Aqasha

0 comments: