BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 28, 2008

Aktiviti² Dihujung Minggu di Ipoh Perak.

Assalamualaikum..
salam petang isnin. Hari nie memang ngantuk jer, maklum la semalam sampai rumah pun dah dekat kul12tgh malam.

Aktiviti bermula apabila aku n team secrettouch ada projek fotografi kat Ipoh Perak. Kita orang bergerak ke Ipoh pada hari sabtu dalam kul1 ptg, sampai ipoh dlm pukul 3.30ptg. Sampai jer kat Ipoh gi jumpa bakal pengantin jap iaitu si saiful a.k.a imam. Pastu buat gerakan gi makan dulu kejap, sebab memasing perut dah kelaparan kejar masa punya pasai takut sampai lambat utk majlis pernikahan pada lepas asar.

Sesi fotografi bermula dalam kul5 ptg kat surau pastu apabila semua selesai kita orang buat gerakan ke rumah pengantin perempuan ada makan².com sket. Pastu buat gerakan ke rumah penginapan yg disediakan utk kita org. Sebelah malamnya plak bermula sesi fotografi utk berinai + sambung sesi bergambaq kat backdrop yang kita orang sediakan. kul1pg jgk baru abis sesi fotografinya. Kul2 pagi baru la bleh lelapkan mata.

Esoknya seawal kul8pagi dah dikejutkan oleh antesmu salah sorang member kitaorang yang turun ke majlis perkahwinan member diorang nie. Ajak gi sarapan pagi..balik jer dari sarapan lepak kejap pastu dalam kul10.30pagi buat gerakan ke rumah pengantin perempuan utk sesi pengambaran di majlis perkahwinan. Selesai sesi pengambaran dalam kul4 ptg. Pastu baru la aku dan kengkawan yang lain buat gerakan pulang, tapi sempat la singgah mandi².com dulu kat air terjun batu berangkai. Charoo jgk laa segar sket rasa, walaupun penat tu masih terasa. Sibbaik la member aku si adi yang drive time balik..kalau dia takda rasanya mau malam baru buat gerakan dari Ipoh.

Itu lah aktiviti hujung minggu aku, memang penat, tapi best. Tapi dengan adanya aktiviti nie tak dapat la aku nak menjoinkan diri untuk Malaysianbowlers.com annual tournament bowling yang diadakan semalam. Tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar mengikut laporan yg disediakan oleh pn seketeri MB iaitu puan axa.


0 comments: