BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 12, 2007

Majlis Kenduri + Gathering KOL


Assalamualaikum..
salam malam isnin, hari nie kat opis agak kebizian yang melanda dengan aktiviti meng"upload" subject² baru ke dalam server mmls. Dari pagi sampai ke petang..dalam kul4 lebih pc aku dah slow angkara disk space aku yg tinggal berapa mb jerr. Apapun pc aku dah kembali stabil ngan bantuan en adi yang meminjamkan ext harddisk dia utk aku pakai buat seketika.

Pada hari sabtu dan ahad aktiviti aku agak padat, pada hari sabtu aku gi kenduri kahwin member malaysianbowlers.com iaitu en apat a.k.a evildead kat Bidor. Kita orang gi berkonvoi ngan kaum kerabat mb.com yg lain. 5buah keta semuanya dengan port perjumpaan utk perjalanan kat hentian rehat Rawang. Memang best dan penat hari tu..yer la keluar rumah seawal jam9 pagi..balik rumah kat kul6 petang..penatt siottt. Malam memang aku lepak kat rumah jer laa dah tak larat nak kluar.

Hari ahad pun penuh jgk aktiviti, seawal jam 9 pagi kluar gi bfast kat terminal bas Cyberjaya ngan member seopis aku merangkap member team photograpy. Dalam kul9.45 kita orang buat gerakan ke Kg Melayu Subang untuk ke majlis perkahwinan member kita orang. Kira kita orang tolong dia jer la ambikkan gambaq sempena perkahwinannya. Yang bestnya semua team kita orang turun hari tu aku dan chino dari Cyberjaya, whosend dari Cheras dan eirwan dari Gombak. Port perjumpaan awalnya kat Airod Subang.

Aku lepak ambik gambaq sampai kul2.30ptg jer pastu terus buat gerakan ke Flamingo bowl plak untuk jumpa bebudak kedahonline.net. Sampai jer diorang dh settle aktiviti membowling, jadi melepak makan dan minum².com jer laa ngan diaorang. Balik jer dari Ampang singgah kat esso seri kembangan, ajak member aku lepak borak, maklum la dah lama tak lepak sesama, banyak jugak la benda untuk dibualkan. Dalam kul8.40 malam baru buat gerakan ke Cyberjaya.
huhu..2 hari yang memenatkan bagi aku..tp apapun aku suka dengan aktiviti yang aku lakukan skrg.

0 comments: