BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 10, 2007

MB Trio Graded Merdeka Tournament

Assalamualaikum..
Salam petang isnin, pagi semalam dalam kul11pagi bermula lah satu lagi tournament anjuran Malaysianbowlers.com , aku seawal jam 9 pagi dah buat gerakan ke Endah Parade. Singgah kejap ambik member aku kat Pinggiran Putra.

Semalam memang meriah la seramai 27 team yang join tournament nie. Dapat la lihat muka baru dan muka lama ahli MB yang join tournament nie. Team aku punya nama ialah Sup Sayur. Menang ternyata kita orang nie memang team sayur hahaha. Team kita orang dapat no21 kalah tipis kepada team pesaing kita orang iaitu team kura² yang tabah. Apapun kita orang memang enjoy jer join tournament nie.

Settle jer tournament, kita orang macam biasa la lepak².com dulu, kali nie kita orang lepak kat KFC kat Endah Parade tu jugak. Hampir kul3.30ptg baru buat gerakan pulang. Balik rumah memang letih bangat, sempat la cover balik tido yang tak cukup sebelum nie hehe..


0 comments: