BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 05, 2007

Kenari Terbang Tinggi

Assalamualaikum..
Alhamdulillah syukur dan tahniah pada pasukan Kedah Darulaman kerana berjaya merangkul gelaran Liga Super bagi tahun 2006/07. Aku memang menanti keputusan di Bandar Seri Begawan dengan penuh debaran tadi apabila melihat live kat tv pasukan perak berjaya mengatasi Sarawak. Tapi akhirnya apabila dah dapat tahu keputusan penuh yang pasukan Kedah menang 1-0 yang memastikan kedah mengesahkan kejuaran liga tahun nie.

Tahniah sekali lagi pada pemain dan pengurusan pasukan kedah dengan kejayaan nie, aku turut berasa bangga dan akan senantiasa menyokong pasukan negeri kelahiran aku nie. Semoga kejayaan nie akan berkekalan pada sesi 2007/08.


HIJAU KUNING NEGERIKU

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Chorus:

KEDAH
Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melingtang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

2 comments:

Anonymous said...

eleh... menang tipis jer tu! kalu tak, sure PERAK juara...

kmnizam said...

tipis pun takpa..janji menang haha..apapun tahniah jgk la kat team perak dpt no 2 dlm liga kira ok laa tuu :)