BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 02, 2007

Kenduri Vs Transformers



Assalamualaikum..

salam pagi isnin, errmmmmm..ngantuk jer rasa pagi nie. Macam nak ambik halfday jer, semuanya angkara layan citer Transformers la semalam. Ambik tiketnya movie time kul11.55malam sekali startnya kat kul1pagi..huhu citer best punya pasal terpaksa la tunggu jugak. Tapi memang berbaloi la layan citer nie, kalau dari 10 bintang aku bagi 9 1/2 bintang la.Inilah antara aktiviti aku pada hari ahad.

Sebelah paginya, seawal kul 9.30pagi aku dah bersiap untuk gi ke majlis perkahwinan kawan sekampung merangkap jiran aku kat Klang. Port perjumpaan ialah kat perumahan tentera kat Bukit Kinrara, Puchong. Setibanya aku kat sana, aku dan kawan aku nie merangkap raja sehari nie terus buat gerakan dahulu ke rumah saudara pengantin perempuan. Tak sampai 20minit, kaum kerabat keluarga lelaki pun sampai. Tepat kul12.30 tgh hari di iringi paluan kompang acara pun bermula, aku pun mewakili kaum kerabat pengantin lelaki, siap tolong bawa hantaran hehehe..selamber. Alhamdulillah selamat sudah kawan aku. Tahniah buat Taufik & Fazila, Semoga bahagia ke akhir hayat.

Dalam kul2.30ptg aku pun buat gerakan pulang ke Cyberjaya, sampai letih terus tertido sampai la kul5.30ptg. Pastu dalam kul6ptg aku gerak ke opis lepak².com ngan member² opis yg lain. kul8 mlm terus buat gerakan ke Seri Kembangan, lepak makan kat restauran firdausi pastu terus ke esso seri kembangan sampai kul11.30 sebelum bergerak ke Mines layan citer Transformers.

Sebelum itu, pada hari sabtu seawal 9.30pagi bersiap sedia untuk ke majlis kenduri member seopis kat Melaka, kita orang konvoi 2 biji kereta jer ke sana. Tunggu punya tunggu akhirnya gerak dari mmu dalam kul10.30pagi jgk. Sampai kat rumah kenduri dalam kul12.30 tgh hari. Dah kelaparan apa lagi terus gi mengisi perut ngan nasi kenduri la. Dalam kul1.30 baru la acara bersanding bermula. Kita yg dah kekenyang melepak jer la sesambil melihat semakin ramai tetamu yang datang termasuk la staff² MMU dari Cyberjaya & Melaka.

Kenduri nie memang memberi pelbagai nostalgia buat sahabat seopis aku iaitu milan, aku pun tak pasti adakah ini kenangan terindah atau sebaliknya. Apapun aku memang respect la pada dia kerana dia berani.. nak tau kisahnya lawatilah blognya Milan.blogdrive aku dan kengkawan opis buat gerakan pulang dalam kul 2 lebih, singgah sebentar kat surau TNB utk bersolat dan kemudian meneruskan perjalanan. Kita orang balik ikut jalan lama terus ke Port Dickson. Berehat sekejap kat Teluk Kemang minum².com dan jugak pekena pisang goreng dan keropok lekor sponser by Darnalis.

Pastu meneruskan perjalanan ke Cyberjaya. Mengikut susur keluar ke Nilai, kita orang sampai kat MMU Cyberjaya hampir kul7 malam. Aku rest kejap sebab malamnya plan nak tgk bola live Kedah Vs Perlis bagi merebut piala FA. Skali aku boleh tertido dan bangun jam dah menunjukkan kul11 malam. aduss..menyesal pun tak guna, jadi sambung tido balik la dan aku bangun balik kul1.30 pagi layan tgk tv citer walaupun tak best layan jer laa sampai la kul2.30 pagi baru sambung tido balik. Apapun esoknya aku tgk news yang Kedah menang piala FA melalui tendangan penalti 4-2. Tahniah buat pasukan Kedah..kenari terbang tinggi lagi :)

0 comments: