BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 19, 2007

Kemeriahan Membowling

Assalamualaikum..
salam pagi khamis, pagi nie datang opis ngan penuh rasa mengantuk. memang kemalasan melanda la macam nie. Alkisahnya semalam balik dari Endah Parade ke Cyberjaya pun dah kat kul2.30 pagi.

Semalam agenda utamanya ke Endah Parade adalah untuk menghadiri meeting AJK Malaysianbowlers.com bagi membincangkan aktiviti² bagi memeriahkan kalender MB.com pada tahun nie. Start meeting pun dah kul9 lebih, jadi habisnya pun hampir kul 10.45malam. Habis jer meeting aktiviti seterusnya adalah membowling la plak, maklum la dah lama gilos rasanya aku tak membowling semenjak berpindah masuk ke MMU lagi. Dengan semangat membara nie tetiba lane penuh la plak, aduss silap betul la tak suruh geng MB.com booking awal². Jadi kita orang lepak².com jer laa dulu.

Dalam kul11 lebih baru la kita orang dapat lane, bermula la aktiviti membaling bola..ingat " baling mesti ke depan" tema semangat, sehebat semangat pasukan bola sepak Malaysia hahaha.. 1st game memang permainan aku hancur gilos, tapi 2nd game alhamdulillah semangat semakin membara kerana ada pertarungan sapa kalah belanja air laici ngan puan Sato, memang seperti dijangkakan seperti keputusan terdahulu dengan semangat Malaysia Boleh akhirnya berjaya jugak potong di selekoh terakhir. Dapat la minum air laici free semalam..rasa lebih sedap
daripada biasa. Terima kasih puan Sato lain kali kita fight lagi yaaa :) 3rd game bertambah meriah dengan pertarungan sapa kalah kena bayar RM1 dan RM2 pada sapa yang dpt point paling rendah antara semua pemain iaitu zam, sato, axa87, hulk, mleo, whosend & aku. Memang sudah dijangkakan Zam aka Mr President yang berjaya akhirnya(saiko pun tak jalan dia nie) dan tempat terakhir ialah hulk(ibarat team Malaysia la nie) hehehe. game nie memang penuh gelak ketawa dan saiko, memang best, tanpa menghiraukan kita orang la orang terakhir yang bermain kat situ. Sampai pekerja kaunter kat situ pun muka bosan jer kena tunggu kita orang abis main.

Settle jer aktiviti membowling kita orang gi lepak tempat biasa laa, restauran mamak lepak makan dan minum.com sampai kul2 pagi baru buat gerakan pulang. Jadi nie la akibatnya..kemengantukan melanda dipagi :D

7 comments:

Anonymous said...

hahaha... tp memboling mlm td mmg besh... paling hampehnya aku masih mengekalkan rekod kekalahan..argh..tensen tense.. mcm dah 4-0 je aku rasa..ke 3..huhuhu.. takpa pakku..lenkali repeate lagi..tapi tanak air laici dah..badi laici neh aku rasa.. :P

kmnizam said...

haha..tu laa gelak sampai menitiskan airmata, laici tak bleh nnt fight big mac pun chara jgk haha..kompiden jer aku niee, padahal puan sato main wakil jabatan tuuu.

Anonymous said...

huhu.. asik gelak besar je..
saikooo woo.. ampeh tul..

kmnizam said...

hahaha mleo..saiko² pun semalam game terakhir kebanyakkan semuanya mencecah 150 point dan keatas..kecuali pemain malaysia sorang jaa :)

Anonymous said...

dia guna taktik BERTAHAN..

Unknown said...

ha ha ha.. taktik bertahan dia menjadi la mleo tu..mengekalkan average 120++ je...he he he... bagus betul pemain malaysia tu kan..

p/s:ada lak yang tak cium bau syurga ni...duk ngutuk laki.he he he..

kmnizam said...

haha..takpa kak as ngutuk skali skala jer.. :)