BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 28, 2007

2H2M

Assalamualaikum..
Hari isnin yg meletihkan, maklum la weekend lepas penuh ngan aktiviti. Aktivitnya ialah jejalan.com nun ke utara bersama kengkawan opis.Objektif utama ialah gi ke majlis perkahwinan kawan kat opis nie iaitu zuhardi(ady) kat Sg Petani.Aku pergi ngan memember opis aku iaitu Uzin, Oriyana dan Juan.

Kita orang bertolak dari KL pada hari jumaat pukul11.30 malam.Awalnya oriyana yg drive sampai Tapah, pastu si uzin dari Tapah ke Gurun dan last sekali aku plak yg drive dari Gurun sampai ke rmh aku kat Bkt Tangga.Kita orang sampai kat rmh aku dalam kul5.30 pagi. Pastu selepas semua check in masuk ke rmh penginapan yg disediakan, memasing meneruskan aktiviti menidorkan diri sampai la ke pukul11.30 pagi.Maka bfast pun lewat la kita orang, lepas bfast aktiviti melepak² kat luar kawasan penginapan. kul 2.30ptg kita orang lunch sesama tuan rmh penginapan.

Pada pukul3 ptg kira orang membuat gerakan ke Padang Besaq, aktiviti utk membeli belah, tapi tu laa nak membeli sgt pun tak bleh jgk sebab gaji blum masuk lagi hehehe..pusing punya pusing utk bershopping sampai la ke pukul 6.45 ptg. Pastu aktiviti seterusnya jejalan.com ke Kuala Perlis. Sampai Kuala Perlis pun dah dekat kul7.30 ptg, aktivitinya lepak² sampai menjamu selera ditepi pantai. Selepas selesai semuanya kita org pun membuat gerakan pulang ke rmh penginapan. Sampai di rmh penginapan sempat la lepak².com sebelum memasing menidokan diri.

Pagi hari ahad selepas bfast,kita orang membuat gerakan ke UUM untuk melihat sama ada gaji dah masuk ke blum sebab aktiviti seteruskan kita orang nak gi bershopping ke Bkt Kayu Hitam(BKH) plak. Gaji dah masuk bleh la shopping byk sikit..tp tu laa kat Bkt Kayu Hitam tak byk pilihan berbanding kat Padang Besaq. Selepas selasai aktiviti kat BKH terus balik ke rmh penginapan..pastu kul12.30 tgh hari terus check out. Kita orang terus ke agenda utama iaitu ke rumah kenduri kawan kita orang kat Sg Petani. Dalam kul 1.45 ptg kita orang sampai kat rmh kenduri. Dapat la jumpa member² opis yg lain dan yg paling penting dapat ambik gambaq bersama pengantin..susah oOo sebelum nie nak ambik gambaq ngan pengantin lelaki.Selesai aktiviti di rmh pengantin terus buat gerakan ke rmh ema(bdk praktikal) kat tempat kita org sebelum nie kat area Sg Petani jgk.Lepas tu teruskan perjalanan balik ke KL.

Pit stop seterusnya kat Bkt Merah, selepas tu Juan ambik alih jd driver sampai la ke KL, bleh tahan jugak jamm sebelum sampai ke Tanjung Malim lagi. Tp takpa..aku lepak kat blkg best jerr..letih² tido jer la kat blkg tu hehehe.Lepas htrkan Oriyana kat rmhnya destinasi seterusnya ke rmh Juan kat Bangi, sampai jer Bangi kita orang terus buat gerakan pulang ke Serdang, sampai rmh pun dalam kul 9.40 mlm. Lepak tgk tv jap pastu aktiviti menidokan diri..letihhh oOo :) jejalan.com 1.2k++ kilometer.





0 comments: