BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 26, 2007

Alkisah Hujung Minggu..

Assalamualaikum...
Salam di pagi isnin, hari nie kat opis keadaan agak kurang selesa..alkisahnya dari hari jumaat lepas lagi aircond kat opis nie problem. Jadi bila tak selesa..tak leh la buat keja ngan sempurna..hehe alasan staff yg tak perform nie :)

aktiviti hujung minggu..start jumaat malam aku ngan geng² opis dah dpt port baru utk aktiviti badminton kita orang iaitu kat Dewan Sek Men Cyberjaya, malam tu dengan semangat membara buat gerakan awal jugak la dari seri kembangan..baru jer nak masuk cyberjaya ada plak member opis aku call bgtau tak dpt main badminton kat dewan sekolah tu..sebab diorang ada guna buat majlis apa tah..memang potong betulll laa.
Tapi disebabkan bersemangat jugak nak main..last skali kita orang main kat dalam MMU kat gelanggan terbuka..blasah jer laa.settle jer main kat kul11mlm..lepak kat port biasa la kat Hassan Cafe sampai kul12 mlm. Balik jer aku terus ke Puchong ambik member baik aku kat kampung..dia nak lepak kat rumah aku katanya sebab esoknya dia tak keja.Sampai rumah aku mandi jap pastu terus lepak berborak ngan member aku nie la sesambil WE11 sepam dua. Walaupun badan nie letih nak tak nak kena la layan member aku nie..dah la skali skala dia datang melepak kat rumah aku. Punya asyik bermain WE11 sedar tak sedar dah kul4 lebih dah. Memang esoknya aku terbongkang sampai tgh hari laa.

Hari sabtu petang, keluar gi jejalan cari makan kat Taman Warisan Putrajaya, saja la bawa kawan aku nie gi jejalan ke Putrajaya maklum la dia blum pernah sampai lagi area sana. Habis jer makan².com gi cuci mata kat Alamanda plak, pastu aku bawa la diorang tawaf area Putrajaya.Malamya lepas aku backup member aku kat esso terus gi hantar member aku ke Puchong. Balik jer terus layan "Nak Kahwin Duit Takda" kat astro ngan member² rumah aku.
Hari ahad, bangun awal jugak la dari hari² ahad yg biasanya, plan awalnya nak join member aku gi bangi, skali diorang tukar plan la plak.Tengah hari aku ngan gang member aku merangkap bebudak MHCC zone 4 gi berkumpul kat port biasa iaitu restauran alif sebelum bergerak ke rumah kenduri salah seorang ahli MHCC kat seksyen20 shah alam. Tapi bila sampai seksyen20 kita orang port plak kat restauran mamak kat situ tunggu geng² central dari zone² lain datang. Pastu baru la buat gerakan sesama ke rumah kenduri.

Balik jer dari kenduri aku ngan memember aku terus gi ke kedai "abang" kat bangi, member aku ada cari barang utk kereta dia skit. Pastu terus ke warta bangi, sampai jer kat situ rasa macam aku berada kat hatyai la plak dengan penjaja kat luar warta tu menjual kebanyakkan barangan dari siam..siap pasang lagu siam kuat² tuu..layannn hehehe.

Balik jer terus lepak kat esso, sampai la esso tutup..letih betul rasanya..lepas maghrib jer aku dah tido kat esso, pastu bila bangun jer sempat la layan gangstazs dipenghujung rancangan.

0 comments: