BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 29, 2007

Aktiviti Carca Merba

Assalamualaikum...
Hari nie aku masih lagi dalam mode relax walaupun keja banyak. Baru nak semangat buat keja, skali vo tak dapat² lagi. Itu yang menjadikan aku malaih skit. Malaih nak buat keja banyak kali. Ini la alasan seorang staff yang malaih bekerja..ada jer alasan nak bagi hehehe..

Aktiviti carca merba aku bermula pada hari jumaat malam, mana aku ngan kawan aku gi join tournament bowling Telekom Malaysia. Pada awalnya aku memang takda mood nak main, tapi disebabkan yang menganjurkan tournament nie adalah salah seorang dari member kita orang kat MB jadi..selamber jer laa main, kalah tu memang dah tetap dah haha. Kita orang main 5 game malam tu memang prestasi aku macam yoyo la. Walaupun tak menang pada malam tu, yang penting aku dapat 2 point untuk raking bowling.

Balik dari main bowling aku gi lepak makan².com ngan sorang lagi member serumah aku. kita orang lepak sampai kedai tu dah nak tutup..punya la lama melepak. Balik rumah plak terus layan tgk tv sampai ke pagi. Lepas subuh baru laa aktiviti melelapkan mata.Sebelah petangnya plak aku gi melepak kat esso jadi bakcup cashier untuk time asar dan mahgrib.Settle semua keja aku terus balik rumah sebab nak layan tengok bolasepak antara Malaysia ngan Singapura. Skali Malaysia kalah penalti..ermm memang takda rezeki la Malaysia nak menang. Tapi apapun kira ok la diorang dah cuba yang terbaik.

Habis jer game tu terus la layan citer cerekarama yang bertajuk 7 cahaya. Nampak macam menarik..layan jer la. Pastu terus sambung dengan layan dvd sementara nak tunggu kul 1.10pagi sebab ada game manchester united untuk piala FA.Akhirnya kat kul3 baru aku tido,Esoknya dalam kul8.30 aku dah dapat msg dari sorang member aku nie tanya nak gi kenduri Aqiqah dan cukur jambul si Aszra ka tak.Aku memang niat nak gi kenduri tu.terus call member aku bagitau kata nak pergi dan dia terus suruh aku bersiap sebab dia nak gerak awal ke rumah kenduri tu. Ayakkk..nak tak nak kena laa gi mandi.

Kita orang sampai kat rumah kenduri dalam kul 10.50pagi lepak², makan².com, join doa selamat baru la kita orang buat gerakan pulang. Balik sampai separuh jalan member aku plak dah ngantuk katanya. Nak tak nak aku la kena jadi driver plak..sampai rumah dah kul4 lebih. Sempat la aku ngan member aku layan final Australia Open, pastu aku dah tak tahan sakit kepala terus masuk bilik tido kejap. Pastu time maghrib macam biasa laa gi esso lepak sampai kul11.30 baru balik.

Ermm, itu laa memang sekarang nie problem betul la nak setting masa tido yang betul, kalau dah lepas dari kul12 tu memang susah skit nak tido.Kalau hari cuti ok la jugak, tapi kalau hari keja tu yang sakit skit..macam² ada betul laaaa.

2 comments:

Anonymous said...

betol weh.. (~_~)

aku rasa pong skang masa tuk tido dah tak cukup.. mebi amsa dah berlalu ngan pantas kot..eces..

tak macam masa studi dulu..leh nak stay up 2,3 pg.. tp skang dh tak mampu.. :(

kmnizam said...

haha..biasa aa tu..time study komitmen takda la mcm skrg nie..

skrg nie byk sgt benda nak kena pk..tu aku rasa salah satu penyebabnya kot :)