BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 28, 2006

Jejalan Berhari Raya

Dah seminggu melepak kat rumah, kejap jer rasa. Sempena sambut raya nie setiap hari keja jejalan gi beraya jer laa kejanya, start dari hari pertama raya sampai la ke hari nie dah hari kelima raya..Memang best, dapat jumpa ramai saudara mara dan banyak jugak habis duitnya..hehehe

Hari pertama raya
pagi jejalan beraya ke rumah jiran dan jugak kengkawan satu kampung. Sebelah petang gi beraya rumah tok kat Tunjang sampai malam.

Hari kedua raya
sekeluarga pergi menziarahi pusara tok dan tokwan,gi beraya rumah tok saudara dan saudara mara kat Kuala Sungai, pastu terus ke rumah tok saudara di Kuala Kedah sebelah petangnya. Balik dari situ terus gi beraya rumah tokwa kat jalan Langgar,sampai rumah dah kat kul 9 malam.

Hari ketiga raya
Petang gi jemputan kahwin anak saurada jiran kat area Kodiang, pastu terus gi beraya rumah tok saudara kat situ, balik dari situ terus gi tumah tok kat Tunjang. Balik dari rumah tok singgah beraya rumah paklang kat kg Termalang.

Hari keempat raya
pagi gi pekan Jitra ngan mak dan adik, gi mencari barang² keperluan sikit. Petang tunggu member dari KL datang, sampai Changlun terus gi jemput dia.Hari nie saudara mara yang datang beraya kat rumah aku hehe..turn diorang la plak.

Hari kelima raya
hari paling letih hehehe, aku bawa kawan aku dari KL gi beraya rumah kawan mak ayah dia kat
jln Kuala Kedah, pastu terus gi beraya rumah kawan dia kat area Yan balik tu singgah rumah kawan dia kat area Kuala Kedah plak, kul5 terus balik rumah aku, sebab nak hantar adik aku ke ILP Jitra.Pastu terus gi shahab perdana jemput member aku lagi sorang yg baru sampai dari KL. Lepas jemput member, kita orang terus gi Pekan Rabu sebab member aku nak gi membeli buah tangan untuk dibawa balik ke Klang.Samapi rumah dah kat kul9..

1 comments:

Anonymous said...

raya sakan pakku... ahaks!!