BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 25, 2006

Kenangan Bersama Team 513D - part 1

Example

Antara member team 513D

Ku Muhamad Nizam (4ku) - hidup dalam blues..hehehe
Mohd Shadulkhairi (Dole)- dah jadi tokey minyak.
Hussin Khamis (Uzin) - dalam proses nak bertunang.
Syed Fidzuar (Badang)- baru nak belajar main saham.
Khalid Mohammad (Khalid) - dah jadi suami mithali
Joserizal (Jose) - adik yang takda semangat patriotik.
Mohd Izwan (2pac) - Macam² ada dia nie.
Faisal (5sal) - macam chipsmore mamat nie.
Nor Azman Effendi (Mantera) - racing punya budak nie.
Aminnudin ( Ameant) - tak abis² ngan halfcut
AzmiAziz (Digizo) - Mangsa doktor tak bertauliah.
Mohd Rashdan (Danz)
- dah jadi bapak orang dah nie.


Pada petang jumaat yang mendamaikan nie..kemalasan melanda diriku dan aku pun klik² la website zaman kolej dulu..teringat la kenangan zaman kolej dulu..memang best jer time tu. Hidup time tu tak payah nak fikir tentang cari duit, yang tahu hanya menghabiskan duit jer time tu.Pantang duit loan Mara masuk kejap jer settle.Masa tu tengah gilos beli pc..dengan duit loan untuk sara diri tu la aku berjaya mendapatkan pc pentium 3(masa nie antara terhebat la)best ada pc sendiri nie senang sikit nak main games.boleh dikatakan team 513D nie semuanya bebudak kaki games,macam² jenis games laa kita orang layan ,online la,fighting la,bowling la semuanya leh layan..


Kenangan awal masa kat kolej dulu,bila kita orang dah start layan games starcraft,queke(aku tgk jer nie) halflife dan counter strike(layan skit²)time nie kita orang boleh dikatakan rajin menderma kat cybercafe depan hostel kita orang tu sehari paling kurang rm10 la.Memang hidup ngan games jer time tu.Sanggup kongsi makan roti semata² simpan duit untuk main games kat CC.Sekarang bila dah keja,dah tau macam mana susahnya nak dapatkan duit terasa senangnya habiskan duit loan ngan duit mak ayah bagi time study dulu.Tapi takda laa rasa menyesal sangat..disebabkan games jugak laa team kita orang nie bersatu(kira ada hikmahNya laa)

Kenangan yang paling takkan aku lupakan bila disebabkan aku lah kawan se"startcraft" aku terpaksa dimasukan ke HUKM,terpaksa di operate disebabkan penyakit misteri(hehehe kena rahsia penyakit nie). Aku rasa bersalah bukannya apa..patutnya leh hantar gi klinik jer..tapi disebabkan diorang tunggu aku abis telefon dah kul 12 tgh mlm..gi klinik pun doktor dah takda..nak taknak kena la hantar member aku ke HUKM sebab penyakit dia nie memang dah kronik(hehehe)..sebab dekat ngan rumah kita orang.Dan dengan rasa bersalahnya aku letak la nama aku sebagai pendaftar dia sebagai pesakit..apa² hal aku laa bertanggungjawab..hehehe.(bersambung - nanti bebila rajin la aku sambung citer lagi)

0 comments: